Selasa, 21 September 2010

Imam Bukhari

BIOGRAFI IMAM BUKHARI

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

LATAR BELAKANG

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri
Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis
Rasulullah s.a.w.



PENGAJIAN HADIS

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".


Makam Imam Al-Bukhari di Samarkand


Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis
Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis
Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

KEISTIMEWAAN IMAM BUKHARI


Imam Bukhari adalah seorang yang berbadan kurus, berperawakan sederhana, tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu pendek, kulitnya agak kecoklatan dan sedikit sekali makan. Sangat pemalu namun ramah, dermawan, menjauhi kesenangan dunia dan cinta akhirat. Banyak hartanya disedekahkan baik secara sembunyi mahupun terang-terangan lebih-lebih untuk kepentingan pendidikan dan para pelajar.


KARYA-KARYA IMAM BUKHARI


Al-Jami’ as-Shahih ( Sahih Bukhari ).
Al-Adab al-Mufrad
At-Tarikh as-Saghir
At-Tarikh al-Aswat
At-Tarikh al-Kabir
At-Tafsir al-Kabir
Al-Musnad al-Kabir
Kitab al-‘Illal
Kitab al-Kuna
Al-Qiraah khalf al-Imam


GURU-GURU IMAM BUKHARI


Ali Ibn al-Madini
Ahmad bin Hanbal
Yahya ibn Ma’in
Muhammad ibn Yusuf al-Faryabi
Maki ibn Ibrahim al-Bakhi
Muhammad ibn Yusuf al-Baykandi
Ibn Rahawaih

MURID-MURID IMAM BUKHARI


Muslim bin al-Hajjaj
Tirmidzi
Nasa’i
Ibn Khuzaimah
Ibn Abu Dawud
Muhammad bin Yusuf al-Firabri
Ibrahim bin Ma’qil al-Nasafi
Hammad bin Syakr al-Nasawi
Mansur bin Muhammad al-Bazdawi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails