Selasa, 21 September 2010



KENAPA SAHIH BUKHARI LEBIH UTAMA DARIPADA SAHIH MUSLIM

- Iman Bukhari mensyaratkan setiap perawi yang mengambil dari perawi yang lain mesti berada dalam satu zaman dan mesti berjumpa sekurang-kurangnya sekali. Manakala Imam Muslim hanya mensyaratkan berada di satu zaman tanpa syarat berjumpa.

- Imam Bukhari merupakan seorang yang faqih berbanding Imam Muslim

- Imam Bukhari tidak mengambil hadis daripada Imam Muslim manakala Imam Muslim mengambil hadis daripada Imam Bukhari.

- Imam Bukhari mengkaji perihal setiap perawi.

- Kurangnya pengkritik ke atas Imam Bukhari dari sudut syaz dan ‘illah berbanding Imam Muslim. Imam Bukhari sebanyak 78, manakala Imam Muslim sebanyak 130.

Kitab Sahih Bukhari

KITAB SAHIH BUKHARI


Kitab Shahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi hadits yang disusun oleh Imam Bukhari (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 hijriah.
Koleksi hadits ini di kalangan muslim Sunni adalah salah satu dari yang terbaik karena Bukhari menggunakan kriteria yang sangat ketat dalam menyeleksi hadits. Ia menghabiskan waktu 16 tahun untuk menyusun koleksi ini dan menghasilkan 2.602 hadits dalam kitabnya (9.802 dengan perulangan).


DAFTAR KITAB


Kitab Permulaan Wahyu
Kitab Iman
Kitab Ilmu
Kitab Wudhu'
Kitab Mandi
Kitab Haid
Kitab Tayammum
Kitab Salat
Kitab Waktu-Waktu Salat
Kitab Adzan
Kitab Salat Jumat
Kitab Haji
Kitab Puasa
Kitab Salat Tarawih [dan I'tikaf]
Kitab Jual Beli
Kitab Salam (Tempah, Pemesanan)
Kitab Syuf'ah (Penyewaan)
Kitab Ijarah (Upah)
Kitab Wakalah (Perwakilan)
Kitab tentang Berladang dan Bercocok Tanam
Kitab Distribusi Air (Pengairan)
Kitab Masalah Hutang
Kitab dalam Perselisihan (Pertengkaran)
Kitab Luqathah (Barang Temuan)
Kitab tentang Perbuatan-Perbuatan Zalim
Kitab Syirkah (Perseroan)
Kitab Pegadaian
Kitab Pembebasan Budak
Kitab Hibah (Hadiah) dan Keutamaannya
Kitab Syahadah (Persaksian)
Kitab Perdamaian
Kitab Persyaratan
Kitab Wasiat
Kitab Jihad dan Ekspedisi
Kitab Permulaan Makhluk
Kitab Manaqib (Biografi)
Kitab Berbagai Keutamaan Shahabat-Shahabat Nabi
Kitab Perang
Kitab Tafsir
Kitab Nikah
Kitab Thalaq
Kitab Nafkah
Kitab Makanan
Kitab Akikah
Kitab Sembelihan-Sembelihan, Berburu, dan Membacakan Bismillah atas Hewan Buruan
Kitab Korban-Korban
Kitab Minuman
Kitab Musibah Sakit
Kitab Pengobatan
Kitab Mengenai Makanan
Kitab Adab (Budi Pekerti)
Kitab Isti`dzan (Memohon Izin)
Kitab Do'a-Do'a
Kitab Kalimat-Kalimat yang Melunakkan Hati
Kitab Ketentuan Allah
Kitab Sumpah dan Nadzar
Kitab Kafarat Sumpah
Kitab Faraidh (Hukum Waris)
Kitab Had (Pidana) dan Apa yang Harus Dihindari dari Had
Kitab yang Menjelaskan Orang-Orang yang Diperangi Terdiri dari Orang-Orang Kafir dan Orang-Orang yang Harus Diperangi dari Orang-Oang Murtad Sehingga Mereka Meninggal Dunia
Kitab Diyat (Tebusan Kejahatan)
Kitab Orang-Orang Murtad dan Orang-Orang yang Menentang Diminta Bertaubat, dan Peperangan Terhadap Mereka.
Kitab Pemaksaan
Kitab Helah (Upaya Tersembunyi)
Kitab Tafsir Mimpi.
Kitab Fitnah-Fitnah (Ujian/Siksaan)
Kitab Hukum-Hukum
Kitab Harapan Jauh (Angan-Angan)
Kitab Berpegang kepada Qur'an dan Sunnah
Kitab Tauhid

Imam Bukhari

BIOGRAFI IMAM BUKHARI

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

LATAR BELAKANG

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri
Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis
Rasulullah s.a.w.



PENGAJIAN HADIS

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".


Makam Imam Al-Bukhari di Samarkand


Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis
Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis
Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

KEISTIMEWAAN IMAM BUKHARI


Imam Bukhari adalah seorang yang berbadan kurus, berperawakan sederhana, tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu pendek, kulitnya agak kecoklatan dan sedikit sekali makan. Sangat pemalu namun ramah, dermawan, menjauhi kesenangan dunia dan cinta akhirat. Banyak hartanya disedekahkan baik secara sembunyi mahupun terang-terangan lebih-lebih untuk kepentingan pendidikan dan para pelajar.


KARYA-KARYA IMAM BUKHARI


Al-Jami’ as-Shahih ( Sahih Bukhari ).
Al-Adab al-Mufrad
At-Tarikh as-Saghir
At-Tarikh al-Aswat
At-Tarikh al-Kabir
At-Tafsir al-Kabir
Al-Musnad al-Kabir
Kitab al-‘Illal
Kitab al-Kuna
Al-Qiraah khalf al-Imam


GURU-GURU IMAM BUKHARI


Ali Ibn al-Madini
Ahmad bin Hanbal
Yahya ibn Ma’in
Muhammad ibn Yusuf al-Faryabi
Maki ibn Ibrahim al-Bakhi
Muhammad ibn Yusuf al-Baykandi
Ibn Rahawaih

MURID-MURID IMAM BUKHARI


Muslim bin al-Hajjaj
Tirmidzi
Nasa’i
Ibn Khuzaimah
Ibn Abu Dawud
Muhammad bin Yusuf al-Firabri
Ibrahim bin Ma’qil al-Nasafi
Hammad bin Syakr al-Nasawi
Mansur bin Muhammad al-Bazdawi


Related Posts with Thumbnails